OBJEKTIF
Objektif pertama yang ingin kami perolehi adalah mengenal pasti
punca –punca hiburan melampau di kalangan remaja yang meyebabkan keruntuhan
akhlak. Apabila kita dapat mengenal pasti punca-puncanya mungkin kita dapat
mengurangkan masalah hiburan melampau ini pada masa akan datang.Seterusnya
objektif yang kami ingin perolehi ialah untuk mencari jalan penyelesaian agar dapat
mengatasi masalah hiburan melampau.Tujuannya ialah untuk memastikan masalah ini
dapat diatasi kerana kalangan remaja
melayu atau remaja islam paling tinggi terjebak. Objektif yang terakhir ialah
dapat mengurangkan masalah hiburan melampau di kalangan remaja di negara ini
kerana kita tidak mahu hal ini berterusan kerana remaja masa kini lah bakal
memipin Negara dan melindungi Negara pada masa akan datang.Pepatah ada menyebut
melentur buluh biarlah dari rebungnya.Oleh itu,remaja amatlah penting kepada
masyarakat dan Negara.
PENGENALAN
Pada era globalisasi kini mampu melahirkan
remaja yang berakhlak dan bermoral bagi mencerminkan masa hadapan Negara yang
maju dan harmoni.Namun di zaman yang semakin maju dan canggih ini, Kadangkala
kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan
ke arah kemajuan seiring dengan kemajuan di negara-negara maju, seperti di
Malaysia, perubahan-perubahan yang besar ini telah memberi banyak impak positif
dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian
dan sebagainya.Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara
terutama remaja di mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan negara pada
masa akan datang dimana mereka ini terpengaruhi dengan hiburan melampau.
Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan
isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Perlakuan
sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu
petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara
positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.
Justeru kita lihat, keruntuhan akhlak
dikalangan remaja sebagai tunggak masa hadapan Negara kini semakin
meningkat.Gelaja sosial semakin berleluasa, keselamatan benda awam terjejas,
kesejahteraan ummat juga tidak terkawal.Secara terperincinya, pelbagai faktor
yang menyebabkan kekurangan moral dan keruntuhan akhlak dikalangan remaja,
salah satunya adalah disebabkan “hiburan yang melampau”.Hal ini boleh
digambarkan dengan pelbagai adegan yang berlaku pada masyarakat kita hari ini.Seterusnya,
antara matlamat utama manusia ini dicipta oleh Allah SWT adalah untuk
mengabdikan diri kepada Nya seperti yang firmankan oleh Allah dalam surah Az
Zariyyat ayat 56 yang bermaksud :
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan
manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
Maka menjadi tanggungjawab kita untuk
menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada di dalam
ruang lingkup beribadah kepada Allah SWT.
Tujuan garis panduan ini disediakan adalah
untuk memberi panduan kepada para penganjur hiburan agar program hiburan yang
dijalankan tidak menyalahi syara’ dan tersasar dari tujuan beribadah kepada
Allah SWT. Selain itu, pegajaran yang akan diperolehi daripada penulisan ini
ialah bahawa masyarakat dapat mengetahui antara punca-punca berlakunya masalah
ini dalam Negara kita ini. Pengajaran yang kedua ialah supaya ibu bapa lebih
ambil berat tentang masalah ini kerana banyak melibatkan anak-anak dan orang
sekeliling kita. Kerana apabila anak-anak sudah terpegaruh dengan hiburan ini ,
mungkin akan merosakkan remaja itu dari pelbagai aspek seperti pelajaran, agama
dan sosial.
Seterusnya, kesan yang akan diperolehi daripada
penulisan ini ialah kita dapat mengurangkan masalah hiburan melampau ini dalam
masyarakat kita. Selain itu, kita juga perolehi cara-cara yang betul untuk mengatasi
masalah ini kerana ramai masyarakat di Negara kita membendung masalah ini
dengan cara yang salah dan tidak sistematik menyebabkan masyarakat yang
terpegaruh itu tidak terkesan. Kesan yang kedua ialah supaya masyarakat dan
pihak berwajib mengambil serius tentang masalah ini kerana memlibatkan masa
depan Negara. Daripada masalah ini juga mampu membuatkan Negara kita muflis
pada masa akan dating jika masalah ini tidak dibendung terutamanya dalam
kalangan remaja kita.
Akhir
sekali, Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah
sekali-kali menyekat naluri fitrah manusia termasuklah berhibur seperti
mendengar muzik, bunyi-bunyian dan nyanyian asalkan sahaja hiburan itu tidak
menyalahi hukum-hukum syara’.
Hadits
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah memberi peringatan:
عَنْ
بَهْزِ بْنِ حَكِيمٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ صلى
الله عليه وسلم يَقُولُ { وَيْلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ بِالْحَدِيثِ لِيُضْحِكَ بِهِ
الْقَوْمَ فَيَكْذِبُ , وَيْلٌ لَهُ , وَيْلٌ لَهُ } .
Rasulullah
saw bersabda: “ Celaka bagi orang yang berkata dengan perkataan untuk membuat
kaum tertawa dengannya maka dia berbohong, celaka baginya, celaka baginya.”
(Hadits dikeluarkan oleh Abu Daud, At-Tirmidzi dan ia menghasankannya,
An-Nasa’i, dan Baihaqi dari Bahz bin Hakim dari bapaknya dari kakeknya).
ANTARA GARIS PANDUAN MENGADAKAN
ACARA PERSEMBAHAN DAN HIBURAN DALAM ISLAM
1- Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang mempunyai
perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti
menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW, melekehkan para
sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja
atau taksub kepada wanita.Allah SWT memberi peringatan kepada sesiapa yang
meragui kebenaran hari kiamat dengan firmannya :
“Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang – yang Aku sengaja
sembunyikan masa datangnya – supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia
usahakan (15) Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang
yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu
engkau akan binasa (16).
( Taaha : 15-16)
2- Suatu persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak
berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti
menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan
sebagainya.
ما من إمرىء مسلم تحضره صلاة مكتوبة فيحسن وضوءها, وخشوعها وركوعها، إلا
كانت كفارة لما قبلها من الذنوب، مالم تؤت كبيرة، وذلك الدهر كله.
Tidaklah ada diantara orang Muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu
dia membaguskan wudhuknya, kekhusyukannya, dan ruku’nya melainkan solat itu
menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar,
dan itu berlaku selamanya.
( HR Muslim)
3- Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah
menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun
mempersembahkan nyanyian dengan suara lucah yang menyebabkan fitnah dan
rangsangan nafsu kotor dikalangan pendengar / penonton. Sekalipun lagu dan
senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi
haram.
Allah swt berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat :
Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian
untuk menutupi `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.
( Al A’raf : 26)
Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup
aurat mereka :
إن مِن أهل النارِ نساءً كاسِياتٍ عارياتٍ مائلاتٍ مُميلاتٍ لا يدخُلْنَ
الجنةَ ولا يَجِدنَ ريْحَهَا
Sebahgian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian
yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak
masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.
(HR Muslim)
إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة فقد حل بها البلاء … منهن…. واتخذت القينات
والمعازف
الراوي: علي بن أبي طالب – خلاصة الدرجة: [إسناده صحيح أو حسن أو ما قاربهما]
– المحدث: المنذري – المصدر: الترغيب والترهيب – الصفحة أو الرقم: 4/75
Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima
bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah…. orang ramai menjadikan wanita sebagai
penyanyi (penari-penari), alat-alat yang melalaikan (muzik). …
(HR Tarmidzi)
4- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan
wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada
bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak
berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama / lakonan-lakonan
liar dan seumpamanya.
Rasulullah saw bersabda dalam hal pergaulan lelaki wanita ajnabi
ini:
لأن يطعن فى رأس أحدكم بمحيط من حديد خير له من أن يمس امرأة لا تحل له
Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi
adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk
disentuh. (adab pergaulan dalam islam, dr rokiah)
(HR Baihaqi)
PUNCA-PUNCA HIBURAN MELAMPAU
ANTARA KERATAN KHUTBAH
Sudah menjadi lumrah kehidupan bahawa kita tidak dapat lari dari
berdepan dengan kawan dan lawan. Dalam putaran roda kehidupan kita,
kadang-kadang kita dipertemukan dengan kawan dan ada masanya pula kita terpaksa
berhadapan dengan lawan atau musuh. Antara lawan atau musuh yang sentiasa
mengatur perancangan jahat untuk menghancurkan kita ialah sebagaimana yang
diberitahu oleh Allah s.w.t melalui firmanNya;
Yang bermaksud :
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan redho atau suka kepadamu
(Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong
itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama
Islam itulah petunjuk) yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau
menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi)
pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tidaklah engkau akan perolehi
dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada
mu.
(al-Baqarah 120)
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Musuh-musuh Islam sama ada Yahudi mahupun Nasrani sentiasa berfikir
dan merancang strategi bagaimana untuk mereka merosak dan menghancurkan umat
Islam. Hasil dari kajian yang mereka jalankan mendapati bahawa keimanan dan
keyakinan umat Islam terhadap agama mereka adalah begitu teguh. Mereka terpaksa
akur bahawa keimanan dan ketaatan umat Islam terhadap agama mereka sukar untuk
digugat.
Kehidupan berpoya-poya yang penuh dengan kelazatan dan keseronokan
yang melampau, hiburan sepanjang hari siang dan malam tanpa ada batasan sudah tentu
akan melupakan anak-anak muda kita terhadap tanggungjawap mereka kepada agama
serta akan menjahilkan mereka dengan ilmu agama. Apabila ini berlaku maka
mereka tidak akan lagi memperdulikan apa yang agama suruh dan apa yang agama
larang, tidak memperdulikan dosa dan pahala, halal dan haram. Bagi mereka hidup
hanya sekali, dan inilah masanya untuk mereka berseronok dan bersukaria tanpa
mereka sedar bahawa kematian akan datang menjemput pada bila-bila masa tanpa
memperdulikan usia muda mereka. Apabila ini berlaku, maka berjayalah
perancangan musuh terhadap kita semua.
Hakikat tentang kehidupan dunia yang penuh dengan keseronokan dan
hiburan yang melalaikan ini telah diperingatkan oleh Allah s.w.t beberapa kali
dalam al-Quran, di antaranya ialah:
Yang bermaksud : Kehidupan
dunia ini hanyalah mainan dan
keseronokan, dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik daripada
dunia bagi mereka yang bertakwa, tidakkah kamu berfikir?.
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Persoalan utama yang cuba diketengahkan di sini ialah tentang budaya
hiburan melampau dan berlebih-lebihan yang melanda segenap lapisan masyarakat,
khususnya umat Islam kita pada hari ini, tidak kira golongan muda, remaja
mahupun golongan lanjut usia. Kanak-kanak kita sibuk dengan Frozennya,
anak-anak muda pula sibuk dengan K-Popnya, golongan dewasa pula sibuk dengan
Maharaja Lawak Meganya, dan golongan wargaemas pula sibuk dengan Kilauan
Emasnya. Fenomena ini nampaknya semakin sukar untuk dikawal dan merebak dengan
begitu pantas.
Realitinya pada hari ini kita berdepan dengan budaya berhibur yang
luar biasa. Kita dihidang dengan berbagai jenis hiburan yang sangat melalaikan
dan mengasyikkan. Ada di kalangan masyarakat kita pada hari ini sanggup
menghadap peti televisyen berjam-jam lamanya bahkan sehari suntuk tanpa rasa
jemu dan bosan, mereka sanggup menghabiskan wang ringgit semata-mata untuk
mengirim pesanan ringkas bagi memastikan bintang pujaan mereka dinobatkan
sebagai raja atau juara. Masa dan wang dihabiskan begitu sahaja tanpa memberi
apa-apa faedah sedikit pun buat mereka apatah lagi untuk agama.
· - PENGARUH MEDIA MASSA.
Media massa memainkan peranan dalam membentuk akhlak
remaja.Perkembangan mediamassa pada masa ini meyebabkan para remaja terjebak
dengan hiburan melampau tanpa dikawal. Pada zaman yang serba moden ini, media massa merupakan satu
keperluan dalam kehidupan seharian. Media massa ini banyak memberikan kebaikan,
tetapi juga boleh mempengaruhi seseorang terutamanya golongan remaja ke arah
yang negatif secara diam. Cerita-cerita yang berunsurkan keganasan malah seks
banyak ditayangkan oleh media massa. Certa-cerita sebegini dapat mempengaruhi
dan merangsang remaja untuk meniru aksi-aksi negatif itu, dan hasilnya
keruntuhan akhlak remaja semakin menjadi-jadi. Mereka terikut dengan budaya
barat yang bebas terutamanya didalam televisyen dan pawagam sehingga tidak dapat
membezakan buruk dan baik.Mereka terikut ikut sampai mereka tidak sedar mereka
hiburan yang sepatutnya hanya untuk menghilangkan tekanan digunakan secara
berlebihan sehingga membawa keburukkan.
Dalam hadits qudsi, Allah ‘azza wa
jalla berfirman,
وَإِنِّي خَلَقْتُ عِبَادِي حُنَفَاءَ كُلَّهُمْ وَإِنَّهُمْ أَتَتْهُمُ الشَّيَاطِينُ فَاجْتَالَتْهُمْ عَنْ دِينِهِمْ
“Sungguh, Aku menciptakan hamba-Ku hunafa (lurus di atas tauhid)
seluruhnya. Lalu setan mendatangi mereka dan menggelincirkan mereka dari
agamanya.” (HR. Muslim no. 2865)
Setan ada dari kalangan jin dan manusia.
Allah ‘azza wa jalla berfirman,
ٱلَّذِي
يُوَسۡوِسُ فِي صُدُورِ ٱلنَّاسِ ٥ مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ ٦
“Yang melontarkan bisikan-bisikan jelek kepada
manusia.dari kalangan jin dan manusia.” (an-Nas: 5—6)
Contoh:Rancangan atau cerita yang mengandungi hiburan melampau
adalah “DEAD POOL”
· - SIFAT SEMULAJADI REMAJA JUGA SENANTIASA INGIN MENCUBA SESUATU YANG
BARU
Selain itu,sikap semulajadi remaja yang sentiasa ingin mencuba benda
baru menyebabkan hiburan melampau ini terjadi.Mereka terlalu seronok sehingga
mereka tidak sedar bahawa hiburan yang dilakukan terlalu berlebihan.Walaupun
pada awalnya niat mereka hanyalah untuk mencuba, tetapi lama-kelamaannya mereka
akan ketagih dan terus terjebak ke dalam aktiviti haram itu. Remaja yang
ketagih akan melakukan apa sahaja termasuk melakukan jenayah untuk melakukan
aktiviti haram itu dan seterusnya menyebabkan akhlak mereka bertambah rosak. sebenarnya apabila kita kembalikan kepada
Hadits Rasulullah صلى الله عليه وسلم, tentang Hati.
Hal itu adalah sebagaimana dalam Hadits Shohiih Riwayat
Al Imaam Al Bukhoory no: 52 dan Riwayat Al Imaam Muslim no: 1599, dari Shahabat
An Nu’maan bin Basyiir رضي الله عنه dimana Rasulullah صلى الله عليه وسلم
bersabda:
أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ
الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِيَ
الْقَلْبُ
Artinya:“Sesungguhnya dalam diri manusia
terdapat segumpal darah. Jika baik, maka baik lah seluruh amalannya. Dan jika
rusak, maka rusak lah seluruh amalannya. Dia adalah Hati.”
Tekanan dalam pelajaran
Secara purata, setiap pelajar
mempunyai 8 hingga 10 subjek untuk belajar bagi peperiksaan,mahupun peperiksaan
di sekolah, UPSR, PMR, SPM ataupun STPM.
Selain itu, sesetengah pelajar menghadiri kelas tambahan dan kelas
tuisyen dan mempunyai kerja yang diperuntukkan oleh guru tuisyen.
Tekanan daripada ibu bapa yang suka mengongkong
Bukan salah ibu bapa untuk mengambil tahu tentang aktiviti seharian
anak-anak tetapi jika ibu bapa terlalu mengongkong, anak-anak akan berasa
kekurangan kebebasan dan privasi untuk melakukan perkara yang diminati. Sesetengah remaja tidak tahan akan ibu bapa mereka
dan berfikir untuk melarikan diri dari rumah.
Sikap ingin mencuba
Contohnya, sekiranya remaja itu mula merokok, lama-kelamaan dia akan
mula mencuba dadah dan akan menjadi seorang penagih dadah. Kalau perkara
tersebut menjadi serius, remaja itu akan mencederakan keluarganya, orang lain
serta mencuri untuk mendapatkan wang membeli dadah.
· - KURANG DIDIKAN AGAMA DAN NILAI-NILAI MURNI
Disamping itu kurangnya didikan agama dan nilai-nilai murni
menyebabkan mereka alpha dengan keadaan sekeliling.Mereka berhibur sehingga
lupa agama dan jati diri mereka.Hal ini disebabkan ibu bapa terlalu sibuk
mengejar kemewahan duniawi dan kedudukan sehinggaka mereka alpa terhadap
perihal anak-anak mereka. Oleh itu, anak-anak mereka tidak mendapat didikan
agama yang secukup ole ibu bapa mereka. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat
membezakan perkara baik dan buruk terhadap perbuatan yang mereka
lakukan. Oleh itu, mereka melakukan sesuatu perkara negatif itu tanpa berfikir
panjang.Agama tidak melarang penganutnya berhibur tetapi hendaklah berpada-pada
dan tidak terlalu berlebihan.Jika berlebihan,hiburan akan membawa kesan buruk
terhadap diri ataupun masyarakat sekeliling.Remaja juga hendaklah sentiasa
mengamalkan nilai-nilai murni yang dipelajari dalam kehidupan mereka agar dapat
mengawal tindakan dan perbuatan mereka.
عَنْ اَبِىْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ
رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كُلُّ مَوْلُوْدٍ يُوْلَدُ
عَلَى الْفِطْرَةِ فَاَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ اَوْ يُنَصِّرَنِهِ اَوْ يُمَجِّسَنِهِ
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمْ )
Dari Abu Hurairah R.A, Ia berkata: Rasulullah
SAW bersabda : “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci, ayah dan ibunyalah
yang menjadikan Yahudi, Nasrani, atau Majusi.” (HR. Bukhori dan Muslim)
عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ
اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَدِّبُوْا اَوْلَادَكُمْ عَلَى
ثَلَاثِ خِصَالٍ : حُبِّ نَبِيِّكُمْ وَحُبِّ اَهْلِ بَيْتِهِ وَ قِرَأَةُ
الْقُرْأَنِ فَإِنَّ حَمْلَةَ الْقُرْأَنُ فِيْ ظِلِّ اللهِ يَوْمَ لَا ظِلٌّ
ظِلَّهُ مَعَ اَنْبِيَائِهِ وَاَصْفِيَائِهِ (رَوَاهُ الدَّيْلَمِ )
Dari Ali R.A ia berkata : Rasulullah SAW
bersabda : “Didiklah anak-anak kalian dengan tiga macam perkara yaitu mencintai
Nabi kalian dan keluarganya serta membaca Al-Qur’an, karena sesungguhnya orang
yang menjunjung tinggi Al-Qur’an akan berada di bawah lindungan Allah, diwaktu
tidak ada lindungan selain lindungan-Nya bersama para Nabi dan kekasihnya” (H.R
Ad-Dailami)
· - PENGARUH RAKAN SEBAYA
Rakan sebaya antara faktor penting dalam membentuk akhlak
remaja.Rakan yang baik akan membawa ke arah kebaikan manakala rakan yang jahat
akan membawa ke arah keburukan.Kebanyakkan remaja yang terjebak dengan hiburan
melampau adalah keranapengaruh rakan sebaya.Rakanlah yang sentiasa mengajak
remaja berhibur tanpa kenal had.Menurut kajian, ketika usia remaja, seseorang
itu lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding keluarga. Oleh itu, rakan sebaya
sangat mudah mempengaruhi seseorang remaja itu sama ada ke jalan yang benar
atau ke jalan yang songsang. Para remaja ini akan saling cabar-mencabar dengan
rakan sebaya untuk melakukan sesuatu, walaupun mereka tahu perkara itu salah.
Oleh kerana “darah muda” remaja yang pantang dicabar akan melakukan perkara itu
untuk membuktikan kehebatan mereka, walaupun mereka tahu perkara ity berbahaya
dan sia-sia. Bak kata pepatah “menang jadi arang, kalah jadi abu’.
Dalam sebuah hadits Rasululah shallallahu
‘alaihi wa sallam menjelaskan tentang peran dan dampak seorang teman
dalam sabda beliau :
مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ كَحَامِلِ
الْمِسْكِ وَنَافِخِ الْكِيرِ ، فَحَامِلُ الْمِسْكِ إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ ، وَإِمَّا
أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً ، وَنَافِخُ
الْكِيرِ إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَة
“Permisalan teman yang baik dan teman yang
buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang pandai besi. Penjual
minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau bisa membeli
minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum
darinya. Sedangkan pandai besi, bisa jadi (percikan apinya) mengenai pakaianmu,
dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak sedap.”
(HR. Bukhari 5534 dan Muslim 2628)
· - KURANG PERHATIAN DARIPADA KELUARGA
Keluarga sentiasa memainkan peranan utama dalam membentuk salasiah
yang baik untuk remaja.Pendidikan hendaklah bermula dari rumah sejak dari kecil
lagi agar remaja dapat membezakan buruk baik ketika berada di alam luar dimana
banyak anasir yang menarik remaja terjebak dengan hiburan melampau. didikan
agama dan nilai-nilai murni tidak
diterapkan dalam diri kalangan remaja pada masa kini. Hal ini
disebabkan ibu bapa terlalu sibuk mengejar kemewahan duniawi dan kedudukan
sehinggaka mereka alpa terhadap perihal anak-anak mereka. Oleh itu, anak-anak
mereka tidak mendapat didikan agama yang secukup oleh ibu bapa mereka. Hal ini
menyebabkan mereka tidak dapat membezakan perkara baik dan buruk terhadap
perbuatan yang mereka lakukan. Oleh itu, mereka melakukan sesuatu perkara
negatif itu tanpa berfikir panjang.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam
kitab-Nya yang mulia:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ
وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ
شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah
diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah
manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang
tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan
selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim: 6)
CARA PENYELASAAIAN
Remaja perlu mendekatkan diri dengan
didikan agama. Disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan
bergaul bersama yang berpengetahuan dan orang yang arif tentang agama.
Mendekatkan diri kepada Tuhan.Sentiasa melakukan ibadah seperti solat, berzikir
dan membaca Al-Quran.Dapat menimbulkan rasa insaf serta rendah diri.Mencuba
untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang gejala negatif atau masalah
disiplin.Selain itu, Sentiasa meminta dorongan daripada keluarga,
rakan-rakan dan pihak kaunseling. Jangan malu untuk berkongsi masalah.
Luahkan segala masalah yang dialami.Dapat mengurangkan masalah atau beban yang
ditanggung.Meningkatkan keyakinan diri di samping dapat merapatkan lagi hubungan
antara satu sama lain.Timbul rasa kasih sayang serta saling memahami perasaan
sesama mereka.
Tetapkan target atau bina satu azam untuk
mencapai kehidupan yang lebih berkualiti.Azam yang dibina dapat menguatkan
semangat individu itu untuk terus melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.Sentiasa
yakin diri bahawa azam yang dibina itu akan tercapai dengan cemerlang ke arah
pembentukan diri yang lebih berdisiplin.Seterusnya, Mengamalkan cara hidup
yang sihat (positif).Melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti
beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan.Melakukan senaman secara sistematik.Mengamalkan
pemakanan yang sihat untuk menjamin fizikal dan mental yang berkualiti.
Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting
dalam memberikan perhatian, pendidikan yang serius dan juga mencurahkan kasih
sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka.Bak kata pepatah melayu, “Melentur
buluh biarlah dari rebungnya”.
Ibu
bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi
oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah
tersebut.Selain itu menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama
anak-anak dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif
terhadap masalah, emosi dan keputusan dalam diri mereka.
Mereka
juga perlu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni,
motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati
janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup
menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi
role model kepada anak.Berkawan dengan kawan yang dapat membantu dalam
pelajaran, mengajak kepada kebaikan dan positif.Berjumpa dengan guru atau orang
yang dipercayai untuk mendapatkan nasihat dan pandangan yang baik.
Peranan media massa dengan memberi
kempen atau rancangan yang menghidupkan jiwa dan rohani. Pendekatan
akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti
berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di
sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran
seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik
pengajaran luar kelas. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak
berkuasa seperti polis.Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh
pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar.Pihak pentadbir
hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak
polis.
Langkah-langkah
pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di
peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam
membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna
sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik
dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling
tersebut. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan
yang penting.Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu
diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah.Ibu bapa seharusnya
menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.PIBG jangan lah
jadi umpama “kucing tak bergigi, tikus lompat tinggi-tinggi”.
KEBAIKAN DAN KEBURUKKAN HIBURAN MELAMPAU
Kebaikan
- Menjadikan muzik sebagai semangat
untuk mereka mengulangkaji pelajaran.
- Muzik dan filem sama ada di
televisyen atau di pawagam layak digambarkan sebagai sumber inspirasi
kepada masyarakat terutamanya belia
- Menjadikan hiburan seperti muzik,
mainan dan seumpamanya sebagai satu cara untuk menghilangkan tekanan atau
menenangkan jiwa
- Hiburan dapat mengeratkan
silaturrahim antara satu sama lain.
Keburukan
- Hiburan melampau boleh menyebabkan
kita lalai dan leka
- Hiburan boleh menyebabkan sebagai
seorang muslim melambat-lambatkan waktu solat
- Hiburan juga menyebabkan kita
terpesong dari landasan agama
- Hiburan boleh menyebabkan kita
terikut-ikut dengan budaya kuning