Saturday, 18 March 2017

HIBURAN MELAMPAU

OBJEKTIF


Objektif pertama yang ingin kami perolehi adalah mengenal pasti punca –punca hiburan melampau di kalangan remaja yang meyebabkan keruntuhan akhlak. Apabila kita dapat mengenal pasti punca-puncanya mungkin kita dapat mengurangkan masalah hiburan melampau ini pada masa akan datang.Seterusnya objektif yang kami ingin perolehi ialah untuk mencari jalan penyelesaian agar dapat mengatasi masalah hiburan melampau.Tujuannya ialah untuk memastikan masalah ini dapat diatasi kerana  kalangan remaja melayu atau remaja islam paling tinggi terjebak. Objektif yang terakhir ialah dapat mengurangkan masalah hiburan melampau di kalangan remaja di negara ini kerana kita tidak mahu hal ini berterusan kerana remaja masa kini lah bakal memipin Negara dan melindungi Negara pada masa akan datang.Pepatah ada menyebut melentur buluh biarlah dari rebungnya.Oleh itu,remaja amatlah penting kepada masyarakat dan Negara.


PENGENALAN

Pada era globalisasi kini mampu melahirkan remaja yang berakhlak dan bermoral bagi mencerminkan masa hadapan Negara yang maju dan harmoni.Namun di zaman yang semakin maju dan canggih ini, Kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan kemajuan di negara-negara maju, seperti di Malaysia, perubahan-perubahan yang besar ini telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan sebagainya.Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara terutama remaja di mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan negara pada masa akan datang dimana mereka ini terpengaruhi dengan hiburan melampau.
Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.
Justeru kita lihat, keruntuhan akhlak dikalangan remaja sebagai tunggak masa hadapan Negara kini semakin meningkat.Gelaja sosial semakin berleluasa, keselamatan benda awam terjejas, kesejahteraan ummat juga tidak terkawal.Secara terperincinya, pelbagai faktor yang menyebabkan kekurangan moral dan keruntuhan akhlak dikalangan remaja, salah satunya adalah disebabkan “hiburan yang melampau”.Hal ini boleh digambarkan dengan pelbagai adegan yang berlaku pada masyarakat kita hari ini.Seterusnya, antara matlamat utama manusia ini dicipta oleh Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepada Nya seperti yang firmankan oleh Allah dalam surah Az Zariyyat ayat 56 yang bermaksud :
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada di dalam ruang lingkup beribadah kepada Allah SWT.
Tujuan garis panduan ini disediakan adalah untuk memberi panduan kepada para penganjur hiburan agar program hiburan yang dijalankan tidak menyalahi syara’ dan tersasar dari tujuan beribadah kepada Allah SWT. Selain itu, pegajaran yang akan diperolehi daripada penulisan ini ialah bahawa masyarakat dapat mengetahui antara punca-punca berlakunya masalah ini dalam Negara kita ini. Pengajaran yang kedua ialah supaya ibu bapa lebih ambil berat tentang masalah ini kerana banyak melibatkan anak-anak dan orang sekeliling kita. Kerana apabila anak-anak sudah terpegaruh dengan hiburan ini , mungkin akan merosakkan remaja itu dari pelbagai aspek seperti pelajaran, agama dan sosial.
Seterusnya, kesan yang akan diperolehi daripada penulisan ini ialah kita dapat mengurangkan masalah hiburan melampau ini dalam masyarakat kita. Selain itu, kita juga perolehi cara-cara yang betul untuk mengatasi masalah ini kerana ramai masyarakat di Negara kita membendung masalah ini dengan cara yang salah dan tidak sistematik menyebabkan masyarakat yang terpegaruh itu tidak terkesan. Kesan yang kedua ialah supaya masyarakat dan pihak berwajib mengambil serius tentang masalah ini kerana memlibatkan masa depan Negara. Daripada masalah ini juga mampu membuatkan Negara kita muflis pada masa akan dating jika masalah ini tidak dibendung terutamanya dalam kalangan remaja kita.
Akhir sekali, Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali menyekat naluri fitrah manusia termasuklah berhibur seperti mendengar muzik, bunyi-bunyian dan nyanyian asalkan sahaja hiburan itu tidak menyalahi hukum-hukum syara’.
 Hadits Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah memberi peringatan:
عَنْ بَهْزِ بْنِ حَكِيمٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ { وَيْلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ بِالْحَدِيثِ لِيُضْحِكَ بِهِ الْقَوْمَ فَيَكْذِبُ , وَيْلٌ لَهُ , وَيْلٌ لَهُ } .
Rasulullah saw bersabda: “ Celaka bagi orang yang berkata dengan perkataan untuk membuat kaum tertawa dengannya maka dia berbohong, celaka baginya, celaka baginya.” (Hadits dikeluarkan oleh Abu Daud, At-Tirmidzi dan ia menghasankannya, An-Nasa’i, dan Baihaqi dari Bahz bin Hakim dari bapaknya dari kakeknya).
ANTARA GARIS PANDUAN MENGADAKAN ACARA PERSEMBAHAN DAN HIBURAN DALAM ISLAM

1- Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW, melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita.Allah SWT memberi peringatan kepada sesiapa yang meragui kebenaran hari kiamat dengan firmannya :
“Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang – yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya – supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan (15) Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa (16).
( Taaha : 15-16)
2- Suatu persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya.
ما من إمرىء مسلم تحضره صلاة مكتوبة فيحسن وضوءها, وخشوعها وركوعها، إلا كانت كفارة لما قبلها من الذنوب، مالم تؤت كبيرة، وذلك الدهر كله.
Tidaklah ada diantara orang Muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu dia membaguskan wudhuknya, kekhusyukannya, dan ruku’nya melainkan solat itu menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar, dan itu berlaku selamanya.
( HR Muslim)
3- Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara lucah yang menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor dikalangan pendengar / penonton. Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram.
Allah swt berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat :
Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.
( Al A’raf : 26)
Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka :
إن مِن أهل النارِ نساءً كاسِياتٍ عارياتٍ مائلاتٍ مُميلاتٍ لا يدخُلْنَ الجنةَ ولا يَجِدنَ ريْحَهَا
Sebahgian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.
(HR Muslim)
إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة فقد حل بها البلاء … منهن…. واتخذت القينات والمعازف
الراوي: علي بن أبي طالب – خلاصة الدرجة: [إسناده صحيح أو حسن أو ما قاربهما] – المحدث: المنذري – المصدر: الترغيب والترهيب – الصفحة أو الرقم: 4/75
Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah…. orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari-penari), alat-alat yang melalaikan (muzik). …
(HR Tarmidzi)
4- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama / lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.
Rasulullah saw bersabda dalam hal pergaulan lelaki wanita ajnabi ini:
لأن يطعن فى رأس أحدكم بمحيط من حديد خير له من أن يمس امرأة لا تحل له
Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh. (adab pergaulan dalam islam, dr rokiah)
(HR Baihaqi)


PUNCA-PUNCA HIBURAN MELAMPAU

ANTARA KERATAN KHUTBAH
Sudah menjadi lumrah kehidupan bahawa kita tidak dapat lari dari berdepan dengan kawan dan lawan. Dalam putaran roda kehidupan kita, kadang-kadang kita dipertemukan dengan kawan dan ada masanya pula kita terpaksa berhadapan dengan lawan atau musuh. Antara lawan atau musuh yang sentiasa mengatur perancangan jahat untuk menghancurkan kita ialah sebagaimana yang diberitahu oleh Allah s.w.t melalui firmanNya;
Yang bermaksud : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan redho atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk) yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tidaklah engkau akan perolehi dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.                                (al-Baqarah 120)
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Musuh-musuh Islam sama ada Yahudi mahupun Nasrani sentiasa berfikir dan merancang strategi bagaimana untuk mereka merosak dan menghancurkan umat Islam. Hasil dari kajian yang mereka jalankan mendapati bahawa keimanan dan keyakinan umat Islam terhadap agama mereka adalah begitu teguh. Mereka terpaksa akur bahawa keimanan dan ketaatan umat Islam terhadap agama mereka sukar untuk digugat.
Kehidupan berpoya-poya yang penuh dengan kelazatan dan keseronokan yang melampau, hiburan sepanjang hari siang dan malam tanpa ada batasan sudah tentu akan melupakan anak-anak muda kita terhadap tanggungjawap mereka kepada agama serta akan menjahilkan mereka dengan ilmu agama. Apabila ini berlaku maka mereka tidak akan lagi memperdulikan apa yang agama suruh dan apa yang agama larang, tidak memperdulikan dosa dan pahala, halal dan haram. Bagi mereka hidup hanya sekali, dan inilah masanya untuk mereka berseronok dan bersukaria tanpa mereka sedar bahawa kematian akan datang menjemput pada bila-bila masa tanpa memperdulikan usia muda mereka. Apabila ini berlaku, maka berjayalah perancangan musuh terhadap kita semua.
Hakikat tentang kehidupan dunia yang penuh dengan keseronokan dan hiburan yang melalaikan ini telah diperingatkan oleh Allah s.w.t beberapa kali dalam al-Quran, di antaranya ialah:
Yang bermaksud : Kehidupan dunia ini hanyalah mainan dan  keseronokan, dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik daripada dunia bagi mereka yang bertakwa, tidakkah kamu berfikir?.
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Persoalan utama yang cuba diketengahkan di sini ialah tentang budaya hiburan melampau dan berlebih-lebihan yang melanda segenap lapisan masyarakat, khususnya umat Islam kita pada hari ini, tidak kira golongan muda, remaja mahupun golongan lanjut usia. Kanak-kanak kita sibuk dengan Frozennya, anak-anak muda pula sibuk dengan K-Popnya, golongan dewasa pula sibuk dengan Maharaja Lawak Meganya, dan golongan wargaemas pula sibuk dengan Kilauan Emasnya. Fenomena ini nampaknya semakin sukar untuk dikawal dan merebak dengan begitu pantas.
Realitinya pada hari ini kita berdepan dengan budaya berhibur yang luar biasa. Kita dihidang dengan berbagai jenis hiburan yang sangat melalaikan dan mengasyikkan. Ada di kalangan masyarakat kita pada hari ini sanggup menghadap peti televisyen berjam-jam lamanya bahkan sehari suntuk tanpa rasa jemu dan bosan, mereka sanggup menghabiskan wang ringgit semata-mata untuk mengirim pesanan ringkas bagi memastikan bintang pujaan mereka dinobatkan sebagai raja atau juara. Masa dan wang dihabiskan begitu sahaja tanpa memberi apa-apa faedah sedikit pun buat mereka apatah lagi untuk agama.

·       -   PENGARUH MEDIA MASSA.

Media massa memainkan peranan dalam membentuk akhlak remaja.Perkembangan mediamassa pada masa ini meyebabkan para remaja terjebak dengan hiburan melampau tanpa dikawal.  Pada zaman yang serba moden ini, media massa merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian. Media massa ini banyak memberikan kebaikan, tetapi juga boleh mempengaruhi seseorang terutamanya golongan remaja ke arah yang negatif secara diam. Cerita-cerita yang berunsurkan keganasan malah seks banyak ditayangkan oleh media massa. Certa-cerita sebegini dapat mempengaruhi dan merangsang remaja untuk meniru aksi-aksi negatif itu, dan hasilnya keruntuhan akhlak remaja semakin menjadi-jadi. Mereka terikut dengan budaya barat yang bebas terutamanya didalam televisyen dan pawagam sehingga tidak dapat membezakan buruk dan baik.Mereka terikut ikut sampai mereka tidak sedar mereka hiburan yang sepatutnya hanya untuk menghilangkan tekanan digunakan secara berlebihan sehingga membawa keburukkan.
Dalam hadits qudsi, Allah ‘azza wa jalla berfirman,
وَإِنِّي خَلَقْتُ عِبَادِي حُنَفَاءَ كُلَّهُمْ وَإِنَّهُمْ أَتَتْهُمُ الشَّيَاطِينُ فَاجْتَالَتْهُمْ عَنْ دِينِهِمْ
“Sungguh, Aku menciptakan hamba-Ku hunafa (lurus di atas tauhid) seluruhnya. Lalu setan mendatangi mereka dan menggelincirkan mereka dari agamanya.” (HR. Muslim no. 2865)
Setan ada dari kalangan jin dan manusia. Allah ‘azza wa jalla berfirman,
ٱلَّذِي يُوَسۡوِسُ فِي صُدُورِ ٱلنَّاسِ ٥ مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ ٦
“Yang melontarkan bisikan-bisikan jelek kepada manusia.dari kalangan jin dan manusia.” (an-Nas: 5—6)
Contoh:Rancangan atau cerita yang mengandungi hiburan melampau adalah “DEAD POOL”


·    - SIFAT SEMULAJADI REMAJA JUGA SENANTIASA INGIN MENCUBA SESUATU YANG BARU

Selain itu,sikap semulajadi remaja yang sentiasa ingin mencuba benda baru menyebabkan hiburan melampau ini terjadi.Mereka terlalu seronok sehingga mereka tidak sedar bahawa hiburan yang dilakukan terlalu berlebihan.Walaupun pada awalnya niat mereka hanyalah untuk mencuba, tetapi lama-kelamaannya mereka akan ketagih dan terus terjebak ke dalam aktiviti haram itu. Remaja yang ketagih akan melakukan apa sahaja termasuk melakukan jenayah untuk melakukan aktiviti haram itu dan seterusnya menyebabkan akhlak mereka bertambah rosak. sebenarnya apabila kita kembalikan kepada Hadits Rasulullah صلى الله عليه وسلم, tentang Hati.
Hal itu adalah sebagaimana dalam Hadits Shohiih Riwayat Al Imaam Al Bukhoory no: 52 dan Riwayat Al Imaam Muslim no: 1599, dari Shahabat An Nu’maan bin Basyiir رضي الله عنه dimana Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ
Artinya:“Sesungguhnya dalam diri manusia terdapat segumpal darah. Jika baik, maka baik lah seluruh amalannya. Dan jika rusak, maka rusak lah seluruh amalannya. Dia adalah Hati.”
Tekanan dalam pelajaran
 Secara purata, setiap pelajar mempunyai 8 hingga 10 subjek untuk belajar bagi peperiksaan,mahupun peperiksaan di sekolah, UPSR, PMR, SPM ataupun STPM.  Selain itu, sesetengah pelajar menghadiri kelas tambahan dan kelas tuisyen dan mempunyai kerja yang diperuntukkan oleh guru tuisyen.
Tekanan daripada ibu bapa yang suka mengongkong
Bukan salah ibu bapa untuk mengambil tahu tentang aktiviti seharian anak-anak tetapi jika ibu bapa terlalu mengongkong, anak-anak akan berasa kekurangan kebebasan dan privasi untuk melakukan perkara yang diminati.  Sesetengah remaja tidak tahan akan ibu bapa mereka dan berfikir untuk melarikan diri dari rumah. 

Sikap ingin mencuba
Contohnya, sekiranya remaja itu mula merokok, lama-kelamaan dia akan mula mencuba dadah dan akan menjadi seorang penagih dadah. Kalau perkara tersebut menjadi serius, remaja itu akan mencederakan keluarganya, orang lain serta mencuri untuk mendapatkan wang membeli dadah.

·        -  KURANG DIDIKAN AGAMA DAN NILAI-NILAI MURNI

Disamping itu kurangnya didikan agama dan nilai-nilai murni menyebabkan mereka alpha dengan keadaan sekeliling.Mereka berhibur sehingga lupa agama dan jati diri mereka.Hal ini disebabkan ibu bapa terlalu sibuk mengejar kemewahan duniawi dan kedudukan sehinggaka mereka alpa terhadap perihal anak-anak mereka. Oleh itu, anak-anak mereka tidak mendapat didikan agama yang secukup ole ibu bapa mereka. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat membezakan perkara baik dan buruk terhadap perbuatan yang mereka lakukan. Oleh itu, mereka melakukan sesuatu perkara negatif itu tanpa berfikir panjang.Agama tidak melarang penganutnya berhibur tetapi hendaklah berpada-pada dan tidak terlalu berlebihan.Jika berlebihan,hiburan akan membawa kesan buruk terhadap diri ataupun masyarakat sekeliling.Remaja juga hendaklah sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni yang dipelajari dalam kehidupan mereka agar dapat mengawal tindakan dan perbuatan mereka.

عَنْ اَبِىْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كُلُّ مَوْلُوْدٍ يُوْلَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَاَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ اَوْ يُنَصِّرَنِهِ اَوْ يُمَجِّسَنِهِ (رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمْ )
Dari Abu Hurairah R.A, Ia berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci, ayah dan ibunyalah yang menjadikan Yahudi, Nasrani, atau Majusi.” (HR. Bukhori dan Muslim)

عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ :  قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :  اَدِّبُوْا اَوْلَادَكُمْ عَلَى ثَلَاثِ خِصَالٍ : حُبِّ نَبِيِّكُمْ وَحُبِّ اَهْلِ بَيْتِهِ وَ قِرَأَةُ الْقُرْأَنِ فَإِنَّ حَمْلَةَ الْقُرْأَنُ فِيْ ظِلِّ اللهِ يَوْمَ لَا ظِلٌّ ظِلَّهُ مَعَ اَنْبِيَائِهِ وَاَصْفِيَائِهِ (رَوَاهُ الدَّيْلَمِ )
Dari Ali R.A ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : “Didiklah anak-anak kalian dengan tiga macam perkara yaitu mencintai Nabi kalian dan keluarganya serta membaca Al-Qur’an, karena sesungguhnya orang yang menjunjung tinggi Al-Qur’an akan berada di bawah lindungan Allah, diwaktu tidak ada lindungan selain lindungan-Nya bersama para Nabi dan kekasihnya” (H.R Ad-Dailami)

·      -  PENGARUH RAKAN SEBAYA

Rakan sebaya antara faktor penting dalam membentuk akhlak remaja.Rakan yang baik akan membawa ke arah kebaikan manakala rakan yang jahat akan membawa ke arah keburukan.Kebanyakkan remaja yang terjebak dengan hiburan melampau adalah keranapengaruh rakan sebaya.Rakanlah yang sentiasa mengajak remaja berhibur tanpa kenal had.Menurut kajian, ketika usia remaja, seseorang itu lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding keluarga. Oleh itu, rakan sebaya sangat mudah mempengaruhi seseorang remaja itu sama ada ke jalan yang benar atau ke jalan yang songsang. Para remaja ini akan saling cabar-mencabar dengan rakan sebaya untuk melakukan sesuatu, walaupun mereka tahu perkara itu salah. Oleh kerana “darah muda” remaja yang pantang dicabar akan melakukan perkara itu untuk membuktikan kehebatan mereka, walaupun mereka tahu perkara ity berbahaya dan sia-sia. Bak kata pepatah “menang jadi arang, kalah jadi abu’.
Dalam sebuah hadits Rasululah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan tentang peran dan dampak seorang teman dalam sabda beliau :
مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ كَحَامِلِ الْمِسْكِ وَنَافِخِ الْكِيرِ ، فَحَامِلُ الْمِسْكِ إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً ، وَنَافِخُ الْكِيرِ إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَة
Permisalan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang pandai besi. Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau bisa membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan pandai besi, bisa jadi (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak sedap.” (HR. Bukhari 5534 dan Muslim 2628)

·      -   KURANG PERHATIAN DARIPADA KELUARGA

Keluarga sentiasa memainkan peranan utama dalam membentuk salasiah yang baik untuk remaja.Pendidikan hendaklah bermula dari rumah sejak dari kecil lagi agar remaja dapat membezakan buruk baik ketika berada di alam luar dimana banyak anasir yang menarik remaja terjebak dengan hiburan melampau. didikan agama dan nilai-nilai murni tidak
diterapkan dalam diri kalangan remaja pada masa kini. Hal ini disebabkan ibu bapa terlalu sibuk mengejar kemewahan duniawi dan kedudukan sehinggaka mereka alpa terhadap perihal anak-anak mereka. Oleh itu, anak-anak mereka tidak mendapat didikan agama yang secukup oleh ibu bapa mereka. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat membezakan perkara baik dan buruk terhadap perbuatan yang mereka lakukan. Oleh itu, mereka melakukan sesuatu perkara negatif itu tanpa berfikir panjang.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam kitab-Nya yang mulia:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim: 6)



CARA PENYELASAAIAN

    Remaja perlu mendekatkan diri dengan didikan agama. Disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul bersama yang berpengetahuan dan orang yang arif tentang agama. Mendekatkan diri kepada Tuhan.Sentiasa melakukan ibadah seperti solat, berzikir dan membaca Al-Quran.Dapat menimbulkan rasa insaf serta rendah diri.Mencuba untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang gejala negatif atau masalah disiplin.Selain itu, Sentiasa meminta dorongan daripada keluarga, rakan-rakan dan pihak kaunseling. Jangan malu untuk berkongsi masalah. Luahkan segala masalah yang dialami.Dapat mengurangkan masalah atau beban yang ditanggung.Meningkatkan keyakinan diri di samping dapat merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain.Timbul rasa kasih sayang serta saling memahami perasaan sesama mereka.
    Tetapkan target atau bina satu azam untuk mencapai kehidupan yang lebih berkualiti.Azam yang dibina dapat menguatkan semangat individu itu untuk terus melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.Sentiasa yakin diri bahawa azam yang dibina itu akan tercapai dengan cemerlang ke arah pembentukan diri yang lebih berdisiplin.Seterusnya, Mengamalkan cara hidup yang sihat (positif).Melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan.Melakukan senaman secara sistematik.Mengamalkan pemakanan yang sihat untuk menjamin fizikal dan mental yang berkualiti.
    Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberikan perhatian, pendidikan yang serius dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka.Bak kata pepatah melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

    Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut.Selain itu menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan dalam diri mereka.
    Mereka juga perlu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.Berkawan dengan kawan yang dapat membantu dalam pelajaran, mengajak kepada kebaikan dan positif.Berjumpa dengan guru atau orang yang dipercayai untuk mendapatkan nasihat dan pandangan yang baik.
     Peranan media massa dengan memberi kempen atau rancangan yang menghidupkan jiwa dan rohani. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis.Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar.Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.
     Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting.Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah.Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.PIBG jangan lah jadi umpama “kucing tak bergigi, tikus lompat tinggi-tinggi”.



KEBAIKAN DAN KEBURUKKAN HIBURAN MELAMPAU

Kebaikan
  • Menjadikan muzik sebagai semangat untuk mereka mengulangkaji pelajaran.
  • Muzik dan filem sama ada di televisyen atau di pawagam layak digambarkan sebagai sumber inspirasi kepada masyarakat terutamanya belia
  • Menjadikan hiburan seperti muzik, mainan dan seumpamanya sebagai satu cara untuk menghilangkan tekanan atau menenangkan jiwa
  • Hiburan dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.
Keburukan

  • Hiburan melampau boleh menyebabkan kita lalai dan leka
  • Hiburan boleh menyebabkan sebagai seorang muslim melambat-lambatkan waktu solat
  • Hiburan juga menyebabkan kita terpesong dari landasan agama
  • Hiburan boleh menyebabkan kita terikut-ikut dengan budaya kuning



KESIMPULAN

    Pada masa kini, remaja kita tidak lagi mementingkan perihal tentang menghormati ibubapa, guru, dan golongan yang lebih tua daripada mereka, tentang belajar, bekerja dan lain-lain. Mereka hanya mementingkan keseronokkan daripada semua itu, mereka merasakan diri mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokkan dalam hidup dan memilih hiburan terlampau.
    Biasanya, remaja adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya, golongan remaja yang berumur antara 11 tahun hingga 19 tahun. Jika kita perasan, dalam linkungan inilah ramai remaja menghadapi pelbagai masalah social. Remaja kini bukanlah golongan yang pandai berdikari seperti remaja zaman dahulu, malahan mereka seperti bayi yang dijaga “seperti menatang minyak yang penuh”
    Kesimpulannya, ibubapa perlu memainkan peranan yang tinggi dalam mendidik anak-anak mereka supaya menjadi generasi yang berguna suatu hari nanti iaitu dengan cara ibubapa perlu memantau keadaan anak-anak mereka supaya tidak mudah terjebak ke dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Selain itu, pelbagai pihak juga perlu berganding bahu untuk memikirkan penyelesaian masalah yang dihadapi untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan.
    Oleh itu, remaja hendaklah diberi perhatian penuh dan di beri pimpinan agar mereka tidak sesat kearah yang songsang supaya masa depan mereka sentiasa cerah. Sesungguhnya, anak-anak merupakan aset yang bernilai kepada Negara dan bangsa.






0 comments:

Post a Comment