Wednesday, 15 March 2017

ETIKA KEWARTAWANAN

PENGENALAN


Pengertian komunikasi menurut Islam ialah proses dalam menyampaikan utusan kepada seseorang atau  masyarakat  untuk  dijadikan  milik   bersama tentang   maklumat, pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan berlandaskan syariat Islam. Komunikasi Islam merupakan komunikasi bersifat universal meliputi seluruh aspek dalam kehidupan sepanjang hayat umat Islam kerana proses komunikasi tersebut melibatkan komunikasi dengan Allah,  komunikasi sesama manusia, komunikasi dengan diri sendiri (muhasabah diri) dan komunikasi dengan alam.

            Tujuan komunikasi adalah untuk memberitahu , menerangkan , memberi kefahaman, memberi ilmu,memberi petunjuk, menyeru kepada kebajikan, memberi hikmah dan menyampaikan khabar gembira serta peringatan.Ia merupakan satu  bidang yang  berkait  dengan media   massa iaitu  bidang kewartawanan dan sehingga kini kepentingannya tidak dinafikan serta sentiasa mendapat tempat dalam masyarakat.Peranan wartawan yang berperanan penting untuk melaporkan berita bersifat terkini dan semasa yang menyumbang kepada perkembangan dalam masyarakat memberikan impak positif kepada Negara . 
          Wartawan merupakan golongan profesional yang peranannya mampu untuk mempengaruhi pandangan atau sikap masyarakat melalui berita dan laporan. Ia juga  merupakan satu kerjaya dalam industri media massa, yang merangkumi surat khabar, majalah, televisyen, radio dan internet. Seorang wartawan bertugas untuk mengumpul dan menyebarkan maklumat tentang berita terkini, orang ternama, tren dan isu-isu yang relevan. Wartawan juga termasuk pengarang, editor, pemberita, penyiar, pembaca berita dan lain-lain. 
        Karier sebagai seorang wartawan bukanlah semudah yang disangkakan.Wartawan mempunyai tanggungjawab besar dalam menyampaikan pelbagai informasi dan maklumat kepada masyarakat.Namun, pada masa yang sama golongan wartawan terdedah dengan risiko dikenakan tindakan undang-undang setiap kali melaporkan sesebuah berita. Oleh  itu, undang-undang diwujudkan untuk mengawal salah laku individu atau kumpulan terhadap penguatkuasaan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan. 

Justeru itu, akta-akta berkaitan dengan dunia kewartawanan digubal supaya para wartawan mengikut etika dalam menjalankan tugasan mereka.Wartawan-wartawan di Malaysia harus peka dengan enam undang-undang utama yang sering dikaitkan dengan dunia kewartawanan serta menjadikannya sebagai garis panduan dalam menulis sebarang berita
Pengajaran yang diperolehi daripada topic ini ialah kita perlu bukti yang kukuh untuk menyebarkan sesuatu perkara terhadap seseorang. Selain itu, pengajaran yang kita boleh diambil dari tajuk ini ialah keberanian seorang wartawan terhadap risiko yang dikenakan oleh undang-undang setiap kali melaporkan sesuatu perkara. Sikap ini sangat bagus kerana para wartawan sanggup mengambil risiko yang berat demi menyampaikan maklumat terhadap kita semua. Seterusnya , wartawan dapat juga memberi pengajaran kepada kita tentang masa yang amat memainkan peranan penting bagi mereka kerana mereka perlu menyampaikan maklumat yang diperolehi secepat mungkin. Dengan itu ia boleh memberikan sikap positif yang kita perolehi supaya menghargai masa. Masa bukanlah dapat mengundur kembali jika berlaku kesilapan  dan ia juga mengarkan kita supaya tepat dalam waktu kita contohnya dalam membuat sesuatu perjanjian .
            Kesan yang dapat diperolehi dalam topic ini banyak diperolehi mahu dari sudut positif ataupun sudut negative.  Contoh kesan dari sudut positif ialah dengan ada wartawan yang sentiasa bekerja untuk memberi maklumat kepada kita dapat juga kita berkembang dengan luas tentang isu yang jhangat diseliling kita. Contonya isu yang hangat buat masa sekarang ialah tentang kes-kes buli dikalangan pelajar. Bagi kesan yang negative pula, wartawan yang tidak berdidikasi atau pun yang tiada tanggungjawab didalam pekerjaannya sebagai wartawan  juga dapat memberi kesan yang buruk kepada penerima maklumat tersebut. Sebagai contoh,seseorang wartawan yang memberikan maklumat secara palsu terhadap seseorang. Ini dapat menyebabkan kita memandang buruk terhadap orang yang berkenaan dan seseorang itu juga hilang harga diri kesan daripada wartawan yang memberikan maklumat yang palsu tadi.



OBJEKTIF

Pada objektif topic ini, objektif yang pertama ialah bagi melengkapi modul pembelajaran bagi kursus komunikasi dan penyiaran islam. Yang kedua pula,memahami etika kewartawanan dan undang-undang menurut islam. Yang ketiga ialah mengenali dan memahami peranan seorang wartawan dalam menyiarkan info menurut islam. Akhir sekali,ia dapat mengetahui risiko sebagai seorang wartawan.


PERMASALAHAN ETIKA KEWARTAWANAN



           Menurut Saiful Nujaimi Abdul Rahman (2009), terdapat sembilan aspek permasalahan etika yang sering dihadapi oleh para wartawan. Masalah etika ini berevolusi menjadi dilema dunia kewartawanan di seluruh dunia. Antara aspek tersebut ialah Apabila bermuslihat dengan sumber demi mendapatkan berita yang kurang tepat. Selain itu,apabila wartawan dan agensi memiliki kepentingan peribadi sendiri dan tidak menghiraukan kepentingan orang lain. Di samping itu,apabila perlu melaporkan berita negatif yang melibatkan rakan-rakan yang tidak bermasalah bagi pendapat berita yang belum tepat. Seterusnya,apabila diberikan cenderamata dalam pelbagai bentuk.          Apabila agensi luar membeli kolum akhbar untuk memuatkan berita bercorak promosi dan publisiti syarikatnya dalam bentuk berita sisipan.Apabila agensi atau wartawan berpihak kepada sesetengah parti politik, isu atau kempen tertentu.Apabila wartawan menceroboh ruang privasi seseorang sumber atau figura atas aladan melaksanakan tugas-tugas pemberitaan.Apabila   wartawan   merahsiakan   sesetengah   maklumat   yang   diperolehi   demi menggunakan maklumat itu untuk kemudian hari.Apabila wartawan menggunakan atau menyalin berita yang telah ditulis oleh rakan   atau   agensi   media   lain   untuk   tujuan   rujukan,   tetapi   tidak   memberi penghargaan yang sewajarnya.
            Disamping itu, menurut Nik Yusri Musa (2009) permasalahan utama ialah sikap serta pemikiran pengamal media itu sendiri. Selain dari itu campur tangan politik atau pihak atasan samada pemilik syarikat atau juga yang menentukan dasar juga merupakan antara faktor-faktor utama mengapa  kod  etika  yang  tersedia  ada  tidak   diikuti.  Tambahan pula,  mengutamakan kepentingan peribadi atau kelompok tertentu merupakan antara faktor yang menyebabkan kod etika  kewartawanan tidak  dipatuhi .Kod  etika  kewartawanan   yang  tersedia  ada   sebenarnya memadai  untuk  dijadikan  sebagai  panduan,  namun  sejauh  mana   ia   diikuti  oleh   pengamal-pengamal media, inilah yang perlu dititikberatkaNya


KOD ETIKA KEWARTAWANAN ISLAM


            Selepas perang dunia kedua beberapa pertubuhan wartawan di beberapa Negara Islam menggubal kod etika kewartawanan mereka ,antaranya turki pada tahun 1960, Pakistan pada tahun 1972 dan Malaysia pada tahun 1989. Walaubagaimanapun kod etika yang digubal tidaklah seratus peratus bersandarkan kepada ajaran Quran dan Sunnah. Misalnya Kod Etika Kewartawanan Pakistan banyak benyak berpandukan kepada Kod Kerwartawanan antarabangsa yang digubal oleh UNESCO.          
            Atas kesedaran bahawa Kod Etika kewartawanan yang berdasarkan ajaran Quran dan Sunnah perlu diikuti oleh wartawan-wartawan beragam Islam di negeri ini khusunya yang berkerja dalam akhbar-akhbar dan majala-majalah Islam,kami memberanikan diri menyusun Kod etika kewartawanan Islam pada bulan November 1989.  Kod etika ini mengandungi 12 fasal seperti berikut:
  • 1.      Seorang wartawan Islam hendaklah merasakan dirinya sentiasa dalam perhatian tuhan semasa menjalankan tugas dan terggungjawabnya untuk memenuhi keperluan maklumat dan berita masyarakat.
  • 2.      Dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya ini,seorang wartawan Islam hendaklah mengharapkan redha tuhan dan bukan semata-mata pujian majikan ataupun masyarakat.
  • 3.      Seorang wartawan Islam hendaklah mengunakan cara-cara yang bijaksana untuk mendapatkan maklumat dan berita.
  • 4.      Seorang wartawan Islam hendaklah melapor dan menyiarkan berita dan maklumat dengan benar ,tepat,jelas dan adil.
  • 5.      Seorang wartawan Islam hendaklah segara membetulkan kesilapan dalam laporan dan siarannya serta segera meminta maaf pada pihak yang terlibat.
  • 6.      Seorang wartawan Islam hendaklah amanah dan menepati janjinya untuk merahsiakan nama sumber berita dan maklumatnya.
  • 7.      Seorang wartawan Islam hendaklah berani menegur kemungkaran termasuklah yang berlaku dalam masyarakat termaksulah kezaliman yang dilakukan terhadap orang-orang yang bukan beragama Islam. 


Tugas wartawan


(1) Tugas utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang benar.

Sebelum menjalankan tugas wartawan perlu mengetahui hak kebebasannya. Hak bagi wartawan menghadiri perbicaraan di mahkamah, mesyuarat dan persidangan sama sahaja dengan hak yang ada pada orang ramai. Jika meja dan kerusi disediakan khas untuk wartawan di sesuatu majlis ialah kerana penganjur atau pihak berkuasa menghargai peranan wartawan.Kadangkala wartawan mendapat keistimewaan yang tidak diberikan kepada orang ramai. Misalnya, menghadiri mahkamah juvana. Ada wartawan mendesak supaya ia dibenarkan mengikuti perbicaraan juvana itu walaupun ia diberitahu tidak ada perkara penting yang hendak dilaporkan. Bagaimanapun, tuntutan itu dikemukakan sekadar mengingatkan pihak berkuasa tentang adanya hak wartawan.Kadangkala wartawan dilarang menghadiri sesuatu majlis atau mesyuarat. Hal ini berlaku apabila majlis itu dikhaskan kepada ahli-ahli pertubuhan berkenaan.Wartawan perlu mengetahui perbezaan antara mesyuarat terbuka kepada orang ramai dan mesyuarat terhad kepada ahli-ahli persatuan. Mesyuarat agung merupakan mesyuarat terhad dan pengerusi mesyuarat boleh membatasi kehadiran wartawan. Bagaimanapun, tindakan menghalang wartawan daripada menghadiri sesuatu perhimpunan terbuka kepada orang ramai adalah perbuatan menghalang wartawan daripada menjalankan tugasnya untuk kepentingan orang ramai.Sesungguhnya, tidak ada pihak yang mahu menghalang wartawan menghadiri mesyuarat atau perhimpunannya kecuali ada sesuatu yang hendak dirahsiakan kepada orang ramai.

(2) Dalam melaksanakan tugasnya dia menghayati kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritikan yang saksama.

Kebebasan memungut dan menyiarkan berita sering dikaitkan dengan kebebasan akhbar. Definisi kebebasan adalah berbeza dari suatu Negara dengan negara yang lain mengikut keadaan setempat. Sebenarnya tidak ada kebebasan akhbar secara mutlak. Kebebasan akhbar di Malaysia ialah kebebasan yang disertai dengan tanggungjawab terhadap negara dan masyarakat, sesuai dengan prinsip dan semangat Rukun Negara.Kebebasan akhbar secara mutlak tanpa rasa tanggungjawab boleh mengancam kestabilan negara terutama apabila media menyalahgunakan kebebasannya dan setelah pemikiran dan pandangan masyarakat menjadi tidak menentu akibat daripada kebebasan akhbar yang ekstrim dan melampau.Media di Barat, terutama sekali, giat memperjuangkan prinsip kebebasan akhbar sedangkan mereka belum pasti dapat mengamalkan apa yang diperjuangkan kerana mereka pasti akan mempertahankan dasar dan kepentingan pemilik medianya atau untuk kepentingan golongan yang diwakilinya.Dalam menghayati kebebasan akhbar wartawan hendaklah membuat ulasan dan kritikan membina dan saksama supaya kritikan itu tidak melulu dan dianggap bermuslihat.Dalam keghairahan wartawan melaporkan berita perlu diingat adanya beberapa akta seperti Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan, Akta Fitnah dan lain-lain yang ada kaitan secara langsung dengan profesion kewartawanan.

(3) Wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita, gambar, filem dan dokumen.

Pelbagai cara boleh digunakan untuk mendapatkan berita selagi cara yang dijalankan itu wajar dan untuk kepentingan orang ramai. Wartawan yang menyamar ketika mencari berita hendaklah menghormati batas kesopanan dan kuasa undang-undang. Menyamar sebagai pegawai polis atau tentera atau doktor dan sebagainya bukanlah cara yang wajar kerana profesion yang disamari mempunyai bidang kuasa dan peraturan tertentu bagi penyandangnya.Ketika bertugas wartawan hendaklah mengenalkan diri dan nama akhbar yang diwakili sama ada ia diminta berbuat demikian atau tidak. Tujuannya untuk memberi keyakinan kepada orang yang ditemui supaya sedar bahawa ia berhadapan dengan wartawan ketika membuat keterangan.Perbuatan menyamar diri kadangkala dilakukan wartawan apabila bertugas membuat laporan penyiasatan (investigative reporting)dan menghadapi kesulitan untuk mendapat fakta-fakta yang perlu dan penting bagi melengkapkan kandungan laporannya. Banyak berita yang menggemparkan dihasilkan oleh wartawan bertugas secara menyamar.Bagaimanapun, sedapat mungkin elakkanlah perbuatan menyamar ketika bertugas kecuali dalam keadaan tertentu atau terdesak.Dalam mencari berita wartawan mempunyai hak yang sama pada orang ramai. Kesalahan melanggar kawasan (trespassing), misalnya, meliputi semua orang termasuk wartawan, kecuali mereka yang diberi kebenaran.Dalam suatu kemalangan jalan raya misalnya, wartawan bergerak bebas menjalankan tugasnya di kawasan kemalangan sedangkan orang ramai biasanya dilarang berbuat demikian. Tetapi wartawan sayugia faham bahawa ia, seperti jua orang ramai, tanpa kebenaran khas dan bergerak bebas di kawasan kemalangan itu mungkin kerana pihak berkuasa menghargai peranan media untuk menyampaikan maklumat yang benar kepada orang ramai. Pihak berkuasa boleh menghalang wartawan memasuki kawasan larangan jika dirasakan perlu.Di kawasan terbuka kepada orang ramai wartawan boleh bergerak bebas menjalankan tugas tanpa perlu mendapat kebenaran. Wartawan foto juga berhak untuk merekodkan peristiwa yang berlaku di kawasan umum (public area) tanpa diganggu atau dihalang.Objek yang menjadi fokusnya hanya boleh melindungkan diri tetapi tidak boleh bertindak menghalang wartawan daripada menjalankan tugasnya, misalnya, dengan menutup lens foto atau merampas atau memusnahkan kamera wartawan. Jika mereka berbuat demikian wartawan terlibat boleh membuat aduan polis. Begitu juga dengan wartawan yang dikasari hingga cedera untuk menghalang mereka daripada membuat liputan.

(4) Sebarang maklumat tersiar yang didapati tidak benar dan tepat hendaklah diperbetulkan.

Adalah menjadi tanggungjawab wartawan dan media untuk membetulkan sesuatu kesilapan dalam laporannya dengan segera lebih-lebih lagi kesilapan yang serius sama ada setelah mengetahui kesilapannya itu atau setelah ada permintaan pihak yang terlibat.Keikhlasan dan kejujuran wartawan dan medianya menyiarkan sesuatu berita pembetulan dapat diukur dari kesediaannya mengakui kesilapan yang dilakukan secara tidak sengaja (in good faith).

(5) Wartawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita.Antara masalah yang biasa dihadapi oleh kaum wartawan dalam usaha mereka mendapatkan berita ialah adanya keterangan sulit (confidential information) yang tidak boleh disiarkan begitu sahaja.

 Keterangan seperti itu diberi kepada wartawan biasanya dengan tujuan hanya untuk keterangan latar belakang mengenai kejadian yang diperkatakan.Adakalanya seseorang wartawan mendapat banyak keterangan penting untuk makluman orang ramai atau keterangan yang boleh melengkapi kandungan sesuatu laporan atau berita tetapi keterangan tersebut dianggap “off the record”. Keadaan seperti ini biasa berlaku apabila sumber yang memberi berita “off the record” itu disiarkan atau ia enggan namanya dikaitkan dengan keterangan yang diberi mungkin kerana keterangan itu sulit atau rahsia.
Dalam menghadapi hal seperti ini, wartawan sewajarnya menghormati permintaan sumber beritanya. Jika keterangan “off the record” itu terpaksa juga disiarkan maka nama dan jawatan atau apa mengenal pasti identiti sumber keterangan itu hendaklah dirahsiakan, dan gunakan istilah seperti “sumber-sumber yang boleh dipercayai ”(reliable sources),“ sumber-sumber yang mengetahui” (information circles) dan sebagainya. Jika tersiar juga sesuatu keterangan “off the record” maka wartawan yang melaporkannya hendaklah mempertahankan kerahsiaan identity sumber beritanya.Ada wartawan sanggup membocorkan identiti sumber berita “off the record” itu hanya kepada hakim di mahkamah.
Pertimbangannya dalam hal ini ialah kerana undang-undang negara mengatasi segala-galanya, termasuk etika kewartawanan. Mungkin juga dengan berbuat demikian wartawan berkenaan dapat membuktikan kejujurannya menggunakan istilah “reliable sources” dan sebagainya dalam laporannya. Ada juga wartawan yang sanggup di penjara atau didenda kerana enggan menerangkan di mahkamah identiti sumber beritanya dan dengan demikian ia dianggap menghina mahkamah (contempt of court).Bagaimanapun, ketua pengarangnya berhak mengetahui sumber berita yang dirahsiakan itu untuk membolehkannya membuat keputusan yang tepat sama ada berita berkaitan itu boleh atau tidak dirahsiakan 


(6) Wartawan hendaklah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan mengelakkan diri daripada plagiarisme, fitnah dan hasutan, tuduhan tidak berasas serta rasuah dalam apa bentuk sekalipun.

Kesopanan dan ketertiban kelakuan ketika bertugas perlu dijaga supaya wartawan dapat mengharapkan layanan yang sewajarnya dari pihak yang dihubungi. Sikap saling menghormati akan memudahkan tugas yang dikerjakan seperti ketika membuat temuramah atau menghadiri sidang akhbar. Masa temu janji hendaklah ditepati dan peraturan persidangan dipatuhi.Plagiarisme dalam apa profesion pun dikeji. Wartawan menulis dari pengalamannya, pandangannya, penyelidikannya dan kemampuan mengarang dan bukan “menceduk” tulisan orang lain dan menyiarkannya sebagai hasil karyanya.Fitnah dan hasutan dalam berita atau rencana boleh melibatkan penulisnya dengan Akta Fitnah atau Akta Hasutan yang membawa hukuman penjara dan/atau didenda. Dalam kesalahan fitnah wartawan tidak perlu membuat fitnah. Melaporkan kenyataan orang lain yang mengandungi unsur fitnah juga satu kesalahan dan boleh melibatkan wartawan dalam kes fitnah.Tuduhan tidak berasas bergantung kepada tempat dan keadaan. Menuduh seseorang komunis adalah kesalahan libel jika tuduhan itu dibuat dalam negara yang mengharamkan ideologi komunis. Tetapi tuduhan seperti itu mungkin tidak salah jika dibuat di negara yang membenarkan ideologi komunis. Begitu jua mengeluarkan perkataan yang menjatuhkan imej seseorang kerana menulis perkataan-perkataan yang boleh dianggap menghina ditempat lain. Wartawan perlu berhati-hati dalam penggunaan kata-kata yang sensitif di sesuatu daerahWartawan perlu sedar bahawa lagi tinggi kedudukan atau status seseorang dalam masyarakat akan lebih mudah ia difitnah. Wartawan yang membuat laporan dengan tujuan mengharapkan imbuhan dianggap cuba melakukan rasuah. Imbuhan dalam berbagai bentuk, antaranya, wang, pangkat, kedudukan, kewangan dan lain-lain lagi.Ada wartawan menyatakan ia bersedia menerima sesuatu imbuhan dan perbuatannya itu tidak akan memberi kesan dalam menyempurnakan tugasnya secara objektif, jujur dan ikhlas. Wartawan yang menerima imbuhan atau hadiah kerana tulisannya kebiasaannya menghadapi tekanan atau perasaan terhutang budi.Apabila hal ini berlaku maka kejujuran, keikhlasan dan sikap objektif yang ada pada wartawan berkenaan boleh diragui. Hadiah yang dimaksudkan ialah sesuatu yang sangat berharga dan bukan hadiah kecil yang dimaksudkan sebagai cenderamata.

(7) Wartawan hendaklah menghindarkan siaran berita dan rencana yang bersifat perkauman,    melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk Malaysia.

Untuk perpaduan rakyat perlu disiarkan banyak berita yang tidak mengandungi unsur perkauman atau bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk Malaysia. Rukun Negara menekankan nilai-nilai murni yang perlu dipupuk dan diamalkan untuk menyatupadukan masyarakat dan rakyat Malaysia.Usaha mengurangkan berita/rencana perkauman, keganasan kaum atau agama perlu digiatkan, terutama di negara-negara sedang membangun. Seminar Wartawan Asia Tenggara di Davao, Filipina (April 1970) yang disertai oleh wakil-wakil dari sembilan negara, termasuk Malaysia, telah meluluskan beberapa ketetapan mengenai “Ketegangan Kaum dan Etnik”.Maksud ‘Ketegangan Kum dan Etnik’ merupakan cara yang dilakukan oleh media untuk menentukan kebenaran sesuatu berita yang melibatkan kaum atau agama hendaklah diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Janganlah menyiarkan kenyataan dari mana-mana sumber, walaupun dari sumber rasmi, tanpa terlebih dahulu mengkaji implikasinya itu dengan interpretasi dan penjelasan. Selain itu,khabar angin yang belum dipastikan kebenaranya tidak wajar menjadi bahan berita lebih-lebih lagi jika ramalan mengenai sesuatu keganasan boleh menimbulkan keganasan.


(8) Wartawan hendaklah memahami undang-undang dan peraturan negara yang berkaitan secara langsung dengan profesion mereka.

Antara beberapa akta yang ada kaitan dengan profesion kewartawanan dan perlu diketahui tiap-tiap wartawan dalam menjalankan sesuatu tugasan adalah Akta Hasutan 1948. Akta ini bertujuan menghukum sesiapa yang membangkitkan soal-soal sensitif dengan tujuan menghasut dan membahayakan keselamatan negara. Akta ini meliputi kata-kata hasutan yang dibuat di luar dan di dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Sesuatu kenyataan dianggap menghasut apabila menyentuh keselamatan negara atau bertujuan menghasut. Kesan hasutan tidak perlu ada pada pihak ketiga dalam kes menghasut. Akta ini dikuatkuasakan ke atas rakyat Malaysia yang berada di dalam atau luar Malaysia.Selain itu,Akta Rahsia Rasmi (pindaan)1986 bertujuan menjaga rahsia rasmi negara supaya ia tidak dibocorkan kepada pihak yang ingin mendapat keuntungan serta merta atau yang boleh mengancam keselamatan negara. Jika sabit kesalahan hukumannya penjara mandatori di antara satu hingga tujuh tahun. Akta ini boleh dikuatkuasakan ke atas seseorang rakyat Malaysia di negara mana jua kesalahan itu dilakukan. Dokumen yang dianggap rahsia rasmi Kerajaan ialah kertas-kertas yang ditentukan sebagai “Rahsia Besar”, “Rahsia Sulit” atau “Terhad” yang ditetapkan oleh Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri atau pegawai-pegawai tertentu yang diberi kuasa.

Seterusnya Akta Fitnah 1957 bertujuan melindungi masyarakat daripada menjadi bahan fitnah orang yang tidak bertanggungjawab. Fitnah adalah kata-kata dusta mengenai orang lain dan dihebahkan atau disiarkan kepada pihak ketiga. Akta fitnah merupakan undang-undang sivil. Jika fitnah itu mengandungi unsur jenayah, tuduhan boleh dikenakan di bawah Kanun Keseksaan (S.449) dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara dan/atau denda. Dalam kes fitnah, tanggungjawab membuktikan sesuatu (burden of proof) terletak pada yang dituduh membuat fitnah. Pihak yang tertuduh perlu membuktikan bahawa kenyataan/ keterangannya itu adalah benar dan merupakan berita atau ulasan yang adil (fair  comment) dan dibuat untuk kepentingan orang ramai.
Serturusnya Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 bertujuan membendung kegiatan subversif yang boleh membahayakan keselamatan negara, sama ada kegiatan komunis, ahli politik atau orang yang terlibat dengan kegiatan komunis (setelah tamat Darurat pada 31 Julai, 1960). Akta ini mempunyai peruntukan menyeluruh. Jika sesuatu kegiatan itu boleh membahayakan keselamatan negara Menteri Dalam Negeri berkuasa menahan orang yang melakukannya hingga dua tahun tanpa perbicaraan. Ketua Polis Negara juga boleh menahan seseorang hingga 60 hari.
Etika yang lain adalah kanun Keseksaan.Ada beberapa peruntukan jenayah dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) yang menyentuh kebebasan bercakap. Sekatan dibuat mengenai perkataan-perkataan yang mencabul kehormatan wanita (S.509), ugutan (S.503), mengeji atau mencerca (S.504), kenyataan khianat, berita angin (S.505), iklan buku-buku lucah (S.292) dan kenyataan yang boleh menyinggung agama (S.298). Kesalahan di bawah Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara dan/atau didenda.
Akta pertama adalah Akta Hakcipta 1987. Hal ini kerana untuk melindungi karya-karya asli daripada disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab yang ingin mendapatkan keuntungan dengan mudah dan segera dengan menyalin karya orang lain.
Akta kedua adalah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Ia bertujuan
ertujuan mengawal semua jenis penerbitan sama ada yang dicetak di dalam negeri atau yang diimport. Sesiapa mencetak atau mengeluarkan penerbitan lucah atau bertentangan dengan akhlak atau sesuatu yang mengandungi hasutan supaya mengingkari perintah yang sah atau yang boleh membawa kepada kekacauan atau permusuhan kaum dianggap telah melakukan kesalahan di bawah Akta ini. Dia boleh dihukum dan mesin cetaknya boleh dirampas.

KAEDAH YANG DAPAT DICONTOHI OLEH WARTAWAN 

 Pesan Nabi saw juga bahawa dalam berkomunikasi hendaklah sesuai dengan fakta yang kita lihat, kita dengar, dan kita alami.Prinsip-prinsip etika tersebut, sesungguhnya dapat dijadikan landasan bagi setiap muslim ketika melakukan proses komunikasi, baik dalam pergaulan seharian , berdakwah, mahupun aktiviti-aktiviti lain.
      Yang pertama betulkan niat iaitu bekerja semata-mata untuk mencari keredaan Allah.Ini   kerana dengan niat seseorang itu dilihat atau dinilai disisi Allah Taala.Yang kedua pula ialah perlu memulakan setiap kerja dengan Bismillah dan apabila selesai mengucap Alhamdulillah.ini juga amat penting supaya kita selalu mengingati Allah Taala pada setiap ketika.
    Seterusnya, berada di medan penulisan kerana melaksanakan kewajipan aradi dan fardhu kifayah. Kekalkan pendirian menulis hanya atas dasar kejujuran. Seterusnya, perlu melaksanakan Islam dalam diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia dengan mengambil kira hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Selain itu pula sesoran perlu  menimba ilmu Islam melalui pengajian (berguru) disamping pembacaan dan pemerhatian ini dapat membetulkan dan menambahkan pengetahuan dengan tepat. Akhir sekali, Ingatlah! Pena adalah pedang jihad bukan senjata yang memuntahkan peluru-peluru fitnah, tohmahan dan seumpamanya


        KESIMPULAN   


            Pada kesimpulan projek ini,kami dapat mengetahui lebih mendalam lagi didalam dunia kewartawanan ini. Dalam kewartawanan ini, ia memberikan kami pengajaran yang bermafaat bagi kami seorang pelajar walaupun terdapat perkara yang negative didalam bidang ini.
            Selain itu, banyak sifat yang kita boleh contohi didalam bidang ini. Kami ingin memberikan saranan dalam melakukan apa-apa pekerjaan seseorang itu perlulah meletakkan niat yang betul dahulu agar tidak berlaku permasalahan dalam penyebaran maklumat. Seterusnya ,kita perlulah menyelidik dahulu sesuatu perkara sebelum kita menyebarkannnya. Kami sangat berterima kepada pihak kerajaan kerana membuat akta-akta yang tepat terhadap wartawan di Negara kita. Ini juga memainkan peranan penting didalam bidang wartawan supaya tidak berlaku fitnah dan sebagainya.  
Sesuatu  kod etika kewartawanan dapat membantu wartawan mengenal pasti banyak masalah dan menyedarkan wartawan bahawa tugas mereka ialah bertanggungjawab mencari dan melaporkan berita dengan lengkap dan tepat, dan juga mengingatkan wartawan supaya sentiasa berwaspada terhadap tekanan-tekanan yang akan akhirnya melenyapkan kebebasan akhbar.
Sebaliknya, kod etika kewartawanan boleh membatasi kemampuan individu wartawan untuk bertindak dan membuat keputusan secara bebas”Etika Kewartawanan Malaysia telah disusun oleh wartawan untuk wartawan. Oleh yang demikian kaum wartawan Malaysia bertanggungjawab untuk menghayati dan  mematuhinya.












0 comments:

Post a Comment